Semalam aku tak berkerja. Kira-kira hampir pukul enam pagi tiba-tiba perutku buat ragam. Pada mulanya aku ingat sakit biasa ajer lalu aku ke tandas untuk buang hajat. Kemudian aku ke pemeja menyambung membaca dan membalas email-email setelah berhenti sekejap untuk menunaikan solat subuh.
Kira-kira pukul 6.40 perutku buat ragam lagi lalu aku pun ke tandas lagi buang hajat kemudian terus mandi dan bersiap untuk ke tempat kerja. Setelah selesai bersiap hanya nak pakai tudung saja, tiba-tiba perut aku buat ragam lagi. terpaksa ke tandas lagi. walau pun aku rasa macam nak buat air tapi aku dapati macam tak ada pun nak di buang lagi.
Selesai semuanya, aku dan suamiku pun turun nak menuju ke perhentian Star-lrt. Tapi sampai separuh jalan perut aku buat ragam. aku jadi serba salah sama ada aku teruskan perjalanan atau berpatah balik. Aku sebenarnya kurang minat membuang air besar di pejabat, sebab sistem yang digunakan oleh pihak pejabat kurang selesa buatku.
Mana taknya, jika menggunakan tandas duduk paipnya atas kepala seperti yang digunakan oleh pihak hotel-hotel yang bertaraf empat atau lima bintang. Silap haribulan pasah semua. Manakala tadas cangking pula paipnya di sebelah belakang danagak pendek batangnya. Sebab tu lah aku sedaya upaya elak darpada membuang air besar di pejabat kecuali kalau dah terpaksa.
Memandangkan perut aku makin menjadi buat ragam, takut pula nanti tak sempat ke pejabat maka aku pun memberitahu suamiku agar berpatah balik ajer ke rumah. Kami pun berpatah balik. aku dapati perjalanank rasam macam terlalu jauh perjalanan nak ke rumah. Keadaan jalanraya yang agak sibuk kengan kenderaan dan jalan yang agak berbukit sedikit membuatkan perjalanan menjadi agak perlahan dan lambat. maklumlah sudah menjadi kelaziman kalau waktu pagi kawasan rumahku jalannya begitu sibuk sekali. mana taknya masing-masing nak ke tempat kerja dan yang bersekolah nak ke sekolah.
Sesampai saja di rumah, aku mancampak saja tudung, jam tangan dan sarung kakiku di atas meja dan cepat-cepat masuk ke tandas. Selesai saja membuang hajat yang tinggal sedikit ajer, aku duduk sekejap sebab aku dapati perut aku masih sakit. Biasanya kalau aku dah buang air perut aku akan menjadi lega dan hilang sakit perut. Tapi kali ni nampaknya tak juga baik. Kemudian aku keluar dari tandas dan memberitahu pada suamiku nantilah dulu tengok macam mana kalau okey bolehlah ke pejabat kalau tak okey juga kena pergi ke klinik ajerlah. Suamiku pun bersetuju. Dia kemudian membuka komputer sebab semasa kami nak ke perhentian Star-lrt tadi, Rahman salah seorang kakitangan DBKL meminta agar suamiku tolong tengok tangga gaji baru kerajaan sebab dia tak pandai guna komputer. Suamiku pun bersetuju. Setelah dia berjumpa lamanweb DBKL dia mencari bahagian tangga gaji baru. Oleh kerana dia tak tahu Rahman di bawah katerori apa atau N maka aku mencadangkan agar dia menelepon ajer dan bertanya kepada dia terus. Suamiku pun menelepon Rahman. Tak berapa lama kemudia kedengaran pintu diketuk orang dan aku pun terus masuk ke bilik. Apabila pintu di buka oleh suamiku, rupanya yang datang tu ialah Rahman. Dari dalam bilik aku dapat mendengar mereka berbual tapi tak berapa jelas sebab aku tutup pintu bilik. tak berapa lama kemudian aku dapati perut aku buat ragam lagi nak buang air. Nak tak nak aku terpaksa juga keluar dengan mencapai tudung yang aku letak dia atas katil lalu aku pun menuju ke tandas. Setelah selesai aku terus masuk bilik semula. Setelah hampir sepuluh mereka berbual kemudian Rahman pun meminta diri. Aku pun keluar dari bilik, dan ku dapati suamiku seoleh-oleh merungut sesuatu rupanya printer buat hal. Dia pun membuka cover printer dan entah apa yang dia buat akhirnya printer pun dapat berjalan seperti biasa rupanya ada kertas yang tersangkut sebab dia tersalah setting katanya. Setelah selesai dia pun menutup komputer sebab kami nak ke klinik.
Kemudian kami pun turun dan berjalan ke majestrick lebih kurang hampir setengah jam berjalan kaki. Dari situ kami naik jejantas. Perjalanan kali agak jauh juga sebab klini yang kami selalu pergi telah pun berpindah keseberang jalan. Biasanya nila turun saja dari jejantas, jalan ke depan sedikit dah sampai sebab ikut pintu belakang. Tapi kali ni tak boleh terpaksa jalan agak jauh lebih kurang limabelas atau duapuluh minit. Ini merupakan kali pertama ke situ semenjak ianya di pindahkan ke tempat baru. Sesampainya di klinik tersebut, kami dapati orang dah mulai ramai menunggu giliran. Setelah menyerahkan buku madical kami pun duduk di kerusi menunggu.
Sementara menunggu giliran aku menyuruh suamiku hantar SMS kepada salah seorang rakan sejawatan denganku iaitu Norlelawati. Memberitahu yang aku berada di klinik sekarang sebab sakit perut. Setelah menunggu sekian lama akhirnya tibalah giliran aku. doktor hanya bertanya apa sebab dan aku memberitahu sakit perut. Dia pun hanya menekan-nekan perut aku dan memberitahu aku jangan minum air batu, makanan bergoreng dan berminyak. Aku memberitahu kepadanya bahwa pagi tadi aku ada makan sambal sotong dan ketam goreng.Kemudian dia gelak sedikit lalu berkata, patut pun dan memberitahu juga yang perut aku banyak angin. Kemudian dia pun memberi ubat dan suruh aku berehat. katanya nanti bila makan ubat perut aku akan okey.
Kemudian aku pun keluar dan menunggu pula untuk ambil ubat. Setelah menunggu sekian lama nama aku pun dipanggil dan aku dan suamiku pun menuju ke kaunter, seorang perumpuan cina yang bertugas kat kauter tersebut pun memberi penerangan kepada suamiku cara-car ubat tersebut dimakan seperti waktu bila dan berapa banyak yang perlu di makan. Dia juga telah membuat tanda bulat pada plastik ubat tersebutt jadi mudahlah suamiku menengoknya yang mana perlu dimakan sebelum dan selepas makan. Banyaknya ubat yang diberi lebih kurang empat atau lima jenis.
Setelah selaesai kami pun balik, dan sebelum balik ke rumah kami pun singgah di kedai mamak sebab suamiku belim sarapan lagi. aku minum kopi dan suamiku minum dan makan nasi lemak yang berbungkus kecil ajer. Sesampai ajer aku ke rumah, aku pun menelepon ke pejabat, dan memberitahu yang aku dapat MC.
Aku kemudian pun makan ubat. Oleh kerana mataku tak nak tidur, aku pun membuka email lalu membaca dan membalas email-email yang terdapat di dalamnya. Kemudian suamiku call kawan kami yang bernama Kamarulzaman tapi orang mengelarnya dengan panggilan datuk ajer. Aku pun tak tahu kenapa tapi seingat aku semasa zaman di sekolah dulu orang panggilnya tok penghulu sebab apa aku pun tak tahu. Dia tak berkerja hanya menjual buah-buahan saja. Biasanya isterinya yang menjual buah-buahan sebab isterinya normal. Dia hanya tolong temankan saja di gerai buah-buahan. Kemudian suamiku memberitahu senarai buah-buahan yang dia jual sebab mereka jual buah tak tentu kadang-kadang rambutan, manggis, nenas, jambbu, mangga dan sebagainya nergantung apa yang mereka perolehi di pasar cau ket. Pagi-pagi lebih kurang pukul lima lebih mereka akan ke pasar cau ket untuk membeli buah-buahan. Oleh kerana mereka tak ada kenderaan sendiri maka tak dapatlah beli buah banyak hanya sekadar duapuluh hingga tigapuluh kilo saja. Sebelum ni mereka beli di pasar pudu, pagi-pagi pukul empat lebih mereka pergi tapi di situ buah selalu cepat habis atau tak ada. mungkin dah ada orang booking agaknya jadi mereka tak dapatlah beli buah-buahan tersebut. Kalau ada pjn sikit sangat.
Kemudaian suamiku pun turun pergi ke tempat kawan kami meniaga. lebih kurang setengah jam kemudian suamiku balik dan membawa balik buah-buahan. dia membeli jambu batu, jambu air, mangga dan nenas. Oleh kerena perut aku belum berapa stabil, aku hanya makan jambu batu dan mangga yang dicapur dengan serbuk asam. Sambil makan aku masih lagi meneruskan membaca email-email. Selesai makan buah, tak berapa lama kemudian kedengaran bunyi azan di surau menunjukan masuknya waktu zohor. Hah dah masuk waktu zohor kah? ingatkan awal lagi aku mengugut sendiri sambil jari-jariku menari-nari di atas kekunci komputer.
Tak lama kemudian aku berhenti kerana hendak menunaikan solat zohor. Komputer aku biarkan sebab akau nak download email masuk. Lalu aku pun tekan button F dan membiarkan satu demi satu email masuk manakala aku terus ke bilik mandi untuk mengambil wudhuk.
Selesai menunaikan sembahyang zohor, aku dapati email masih masuk tak berhenti. Aku kemudian membuka tv dan menekan satu siaran demi satu siaran. Semuanya akudapati tak menarik. Akhirnya aku tekan astri ria dan terdapat sebuah cerita aku pun tak tahu apa ceritanya mungkin ini cerita bersambung atau bersiri. Oleh kerana tak ada rencana lain yang menarik aku pun ikuti ajerlah cerita tersebut. Apa yang dapat ku faham, cerita tersebut mencerita kisah pemerintahan zaman jepun. Di mana beberapa orang melayu berkerja di pejabat orang jepun. Walau pun mereka berkerja elok tapi malangnya orang jepun masih menyerang kampung orang melayu. Kebetulan kampung yang diserang tu merupakan kampung salah seorang pekerja di situ lalu mereka pun berpakat hendak membalas dendam. Ketika iklan jariku menekan pula button nombor lapan, iaitu siaran prima danku dapat cerita solidat sedang disiarkan. Aku tak pasti pukul berapa ianya dimulakan sebab tadi cerita indonesia. jam telah pun memnunjukan pukul 3.24PM. Komputerku telah pun ku tutup setelah ku dapati semua email dah masuk. Aku pun terus mengikut cerita solidat. Hampir pukul empat baru habis. Ini bererti cerita tersebut bermula kira-kira pukul tiga petang.
Kemidian aku membuka semula siaran astro ria tapi cerita tadi dah habis. aku pun menutup tv apabila ku dapati tak ada program yang menarik. Perutku buat ragam lagi. Tapi tak rasa pun nak buang air besar. Aku ambil sebiji bantal lalu menindihkannya. Biasa kalauaku buat begitu sakit aku akan berkurangan. Tak lama kemudia aku pun tertidur.
Kira-kira hampir pukul enam, suamiku mengejutkan aku sebab dia dah beli kuih untuk minum petang. aku pun bangun dan menuju ke bilik mandi cuci muka dan ambil wudhuk sebab nak menuanaikan solat asar dulu. Setelah selesai solat aku pun menuju ke meja dan ku dapati kuih puteri ayu iaitu kuih kegemaranku dan keropok lekor Oleh kerana perutku masih terasa sakitsikit-sikit, aku pun hanya makan dua keping saja dan minum setengah cawan air teh. Kemudian aku baring semula dengan menindih bantal semula. Akhirnya aku tertidur kembali.
Kira-kira pulul 7.45 sekali lagi suamiku kejutkan untuk solat magrib. Kemudaian suamiku bertanya sama ada aku nak buka komputer atau tak. Tapi memandangkan perut kurang selesa i aku pun tak ada mud nak buka dan memberitahu biarlah dulu. Aku baring semula sambil tv menyiarkn cerita karton. Tak lama kemudia aku terlelap semula. Bila sedar dah pukul sepuluh. Perutku mula lapar dan bertanya sama ada kuih tadi masih ada atau dah habis. Suamiku memberitahu keropok lekor saja yang masih ada itu pun hanya tinggal empat atau lima batang ajer. Sebelum makan aku makan ubat dulu. kemudian barulah aku makan keropok aku hanya minum air masak ajer. Suamiku kemudian masuk tidur. Selepas makan aku baring kejap.tv menyiarkan satu cerita tapi aku tak tahu cerita apa. Kemudian aku terlelap lagi dan sedar dah pukul duabelas. Aku pun bangun dan menuaikan solat ishak dan kemudian membuka PTT. Kedengaran beberapa suara. Setelah itu aku pun membuka komputer dan ku dapati dah seribu lebih email yang terdapat dalam inbox ku. Setelah membaca beberapa email dan mendeletekannya lalu terfikir pula nak masuk ke weblog ku yang baru ku wujudku hasil pertolongan sahabatku Ultraman atau dikenali juga dengan mana Teddy Bear.
Fikir-fikir punya fikir aku pun lali mulakah mencatat kisah aku sait perut.
Sekian Wassalam.
No comments:
Post a Comment