Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini merupakan hari pertama aku memulakan webl ogku.
Aku dilahirkan di Kulim sebuah daerah di Kedah sebuah negeri jelapang padi. Tapi kini keluarga ku menetap di Alor Setar.
Ayahku adalah seorang bekas anggota polis. Ibuku seorang suri rumahtangga. Aku merupakan anak ketiga dari enam orang beradik dua perumpuan dan empat lelaki. Kesemuanya telah pun mempunyai keluarga masing-masing.
Aku mendapat pendidikan awal diSekolah Rendah Kebangsaan Jelutong Pulau Pinang. Ketika aku berusia sembilan tahun, secara tiba-tiba aku diserang demam panas dan demam campak. Setelah sembuh dari penyakit, aku dapati penglihatanku menjadi kabur.
Aku masih ingat hari itu adalah hariraya aidil fitri. Seperti biasa aku pun bangun agak awal sedikit. Apabila akumembuka mataku, aku dapati alam sekelilingi agak kabur. Namun aku bangun dan berjalan agak perlahan-perlahan sedikit dan menuju ke bilik air. Ibuku hanya memerhati saja dan dia menyangka mungkin aku masih mengantuk dan sebab itulah jalan pun macam terhuyang hayung
Selesai mandi, aku bertanya tentang baju baru. Ibuku memberitahu bajuku atas di atas katil. p Puas aku mencari namun tak jumpa. Ibuku datang dan menghulurkannya kepadaku tapi aku seoleh-oleh masih mencari-mcari. Dia merasa hairan tapi masih tak mengsyaki apa-apa.
Sekali lagi waktu sarapan aku tercari-cari hidangan yang telah di sediakan oleh ibuku. Namun masih tak jumpa padahal makanan tersebut terhidang di hadapanku. Pada ketika itu ayah aku pun ada bersama dan dia juga merasa hairan akan keadaanku yang agak berbeza pada pagi itu.
Selepas beberapa minggu kemudian apabila sekolah di buka semula, aku dapati yang aku tidak lagi dapat membaca tulisan di papan hitam. Aku terpaksa berdiri di hadapan papan hitam baru dapat melihat tulisan yang di tulis oleh guru.
Guru klas pun merasa hairan dan menyuruh Aku mendapat pemereksaan di Hospital. Kemudian aku pun disahkan bahwa mataku mengalami maslah penglihatan akibat dari campak yang telah masuk ke mata. Oleh kerena keadaanku agak teruk maka aku pun berhenti dari sekolah dan tinggal di rumah hampir dua tahun dan kemudian aku dihantar ke sekolah kanak-kanak cacat penglihatan di Sekolah St. Nicholas Bagan Jermal Pulau Pinang. Dari situlah aku memulakan kehidupanku sebagai seorang OKU penglihatan.
1 comment:
Wah kak, ni saya dah siapkan blog, jadi jangan dok hangat-hangat taik ayam no? Penat-penat kita buat, dia buat hangat-hangat taik ayam, ha siap dia nanti.
Post a Comment